Jumat, 24 April 2009

ALUMINIUM

Aluminium (atau aluminum,alumunium,almunium,alminium) ialah unsur kimia. Lambang aluminium ialah Al, dan nomor atomnya 13. Aluminium ialah logam paling berlimpah.
Aluminium merupakan konduktor listrik yang baik. Terang dan kuat. Merupakan konduktor yang baik juga buat panas. Dapat ditempa menjadi lembaran, ditarik menjadi kawat dan diekstrusi menjadi batangan dengan bermacam-macam penampang. Tahan korosi.
Aluminium digunakan dalam banyak hal. Kebanyakan darinya digunakan dalam kabel bertegangan tinggi. Juga secara luas digunakan dalam bingkai jendela dan badan pesawat terbang. Ditemukan di rumah sebagai panci, botol minuman ringan, tutup botol susu dsb. Aluminium juga digunakan untuk melapisi lampu mobil dan compact disks.
Ia merupakan ahli kumpulan dalam unsur kimia yang bernama logam lemah dan mempunyai ciri keperakan dan mulur. Aluminium dijumpai terutamanya dalam bijih bauksit dan adalah terkenal kerana daya tahan pengoksidaannya (oleh sebab fenomena pempasifan) dan oleh sebab keringanannya. Aluminium digunakan dalam banyak industri untuk menghasilkan bermacam-macam keluaran kilang dan adalah sangat penting dalam ekonomi dunia. Komponen berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi-aloinya adalah penting dalam industri aeroangkasa dan juga dalam kenderaan serta bangunan, di mana keringanan, ketahanan, dan kekuatan adalah diperlukan.


SEJARAH ALUMINIUM

Tamadun Yunani kuno dan Rom kuno menggunakan garam logam ini sebagai pencelup mordan dan astringen untuk pengubatan cedera, dan alum digunakan sebagai stiptik. Joseph Needham mecadangkan daripada penggalian pada tahun 1974 bahawa Tamadun Cina kuno telah menggunakan aluminium (lihat "nota" di bawah). Pada tahun 1761, Guyton de Morveau memberi cadangan untuk memanggil bes alum sebagai 'alumine'. Pada tahun 1808, Humphry Davy mengenalpasti kewujudan bes logam alum, di mana dia namakan sebagai (lihat bahagian Ejaan).

Secara amnya, Friedrich Wöhler merupakan orang yang diberi penghargaan kerana mengasingkan aluminium (Latin alumen, alum) pada tahun 1827 dengan mencampurkan aluminium klorida kontang dengan kalium. Akan tetapi, logam ini telah dihasilkan julung kali dua tahun sebelumnya daripada bentuk tak tulen oleh ahli fizik dan kimia Denmark Hans Christian Ørsted. Oleh itu, almanak dan laman kimia biasanya menyenaraikan Øersted sebagai penemu aluminium. Seterusnya P. Berthier adalah orang pertama yang telah menjumpai alunimium dalam bijih bauksit dan berjaya menyarinya. Orang Perancis Henri Saint-Claire Deville memperbaiki cara Wöhler's pada tahun 1846 dan menerangkan cara pembaharuannya dalam bukunya pada tahun 1859, terutamanya pembaharuan dari segi penggunaan natrium sebagai ganti kepada kalium yang lebih mahal.

Orang Amerika Charles Martin Hall daripada Oberlin, OH telah memohon paten (400655) pada tahun 1886 untuk satu proses elektrolisis menyari aluminium menggunakan teknik yang serupa dengan teknik yang dihasilkan secara berasingan oleh orang Peranics Paul Héroult di Eropah. Penciptaan Proses Hall-Héroult pada tahun 1886 membolehkan penyarian aluminium daripada mineral menjadi lebih murah, dan merupakan cara utama yang digunakan secara umum di seluruh dunia pada masa kini. Setelah memperolehi kebenaran untuk patennya pada tahun 1889, Hall, dengan bantuan kewangan Alfred E. Hunt dari Pittsburgh, PA, memulakan Syarikat Pittsburgh Reduction Company, dan dinamakan semula sebagai Aluminum Company of America pada tahun 1907, yang kemudiannya disingkatkan kepada Alcoa.
Patung yang dinamakan Eros di Piccadilly Circus London, direka pada tahun 1893 dan merupakan patung pertama daripada tuangan aluminium.
Aluminium dipilih sebagai bahan untuk mercu Washington Monument , di kala satu auns aluminium berharga dua kali ganda upah seharian buruh biasa dalam projek tersebut.

Jerman menjadi pengeluar dunia utama aluminium sejurus selepas Adolf Hitler memperoleh kuasa. Akan tetapi, menjelang 1942, projek baru kuasa hidroelektrik seperti Grand Coulee Dam telah memberikan Amerika Syarikat sesuatu yang Nazi Jerman tidak akan dapat bersaing, iaitu kemampuan untuk menghasilkan aluminium secukupnya untuk menghasilkan enam puluh ribu kapal perang dalam jangka masa empat tahun.

Sejarah penamaan/Etimologi

Pada tahun 1808, Humphry Davy asalnya mencadangkan nama alumium ketika percubaannya untuk mengasingkan unsur baru secara elektrolisis daripada mineral alumina. Pada tahun 1812 dia mengantikan nama tersebut kepada aluminum untuk memadankan dengan asal-usul nama Latin. pada tahun yang sama, penyumbang tak bernama untuk Quarterly Review membangkang penamaan aluminum, dan mencadangkan nama aluminium.

Ini mempunyai kelebihan dalam pematuhan kes duluan yang ditetapkan oleh penemuan unsur-unsur baru pada zaman tersebut iaitu penggunaan imbuhan akhir -ium: kalium, natrium, magnesium, kalsium, dan strontium (kesemuanya telah diasingkan sendirinya oleh Davy). Akan tetapi, ejaan -um ialah untuk unsur yang sudah pun diketahui pada zaman tersebut: platinum, yang telah diketahui oleh orang Eropah semenjak kurun ke-16, molibdenum, yang ditemui pada tahun 1778, dan tantalum, yang ditemui pada tahun 1802, semuanya mempunyai ejaan yang diakhiri dengan -um.

Ejaan masa kini

Dalam bahagian dunia penutur Inggeris, ejaan (dan sebutan yang berkait) aluminium and aluminum kedua-duanya digunakan secara umum dalam konteks sains dan bukan sains. Di Amerika Syarikat, ejaan aluminium tidak diketahui ramai, dan ejaan aluminum adalah paling utama. Selain Amerika Syarikat, penggunaan ejaan aluminium lebih menonjol, dan ejaan aluminum jarang digunakan. Di Kanada, kedua-dua ejaan adalah biasa digunakan, kerana pengaruh berganda pada bahasanya oleh kedudukan berdekatan dengan Amerika Syarikat dan sejarah penjajahan British dan juga bilangan besar penutur Bahasa Perancis asli.

Selain Bahasa Inggeris, ejaan "ium" adalah lebih meluas: perkataan aluminium dalam Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman, dan bentuk serupa digunakan dalam banyak bahasa-bahasa lain. Akibatnya, ia merupakan ejaan yang paling biasa digunakan dalam peringkat antarabangsa.

International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC) menerima aluminium sebagai nama antarabangsa piawai untuk unsur ini pada tahun 1990, akan tetapi tiga tahun kemudian ia mengiktiraf aluminum sebagai kelainan ejaan yang diterima pakai. Oleh itu jadual berkala IUPAC menyenaraikan kedua-dua ejaan, tetapi meletakkan aluminium pertama [6]. IUPAC secara rasminya lebih memilih menggunakan aluminium untuk penerbitan dalaman, walaupun beberapa penerbitan IUPAC menggunakan ejaan aluminum.[7]

GAMBAR ALUMINIUM


SIFAT ALUMINIUM
Aluminium adalah merupakan logam yang lembut dan ringan, dengan rupa keperakan pudar, oleh kerana kehadiran lapisan pengoksidaan yang nipis yang terbentuk apabila didedahkan kepada udara. Aluminium adalah tak bertoksik (dalam bentuk logam), tak bermagnet, dan tidak menghasilkan cucuh. Aluminium tulen mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 49 megapascal (MPa) dan 700 MPa sekiranya dibentuk menjadi aloi. Aluminium mempunyai ketumpatan satu pertiga daripada ketumpatan keluli atau tembaga; adalah boleh tempa, mulur, dan mudah dimesin dan ditempa; dan mempunyai daya tahan kakisan serta ketahanan yang sangat baik oleh sebab lapisan pelindung oksidanya. Kemasan cermin aluminium mempunyai kepantulan yang tertinggi antara semua logam dalam rantau 200-400 nm (Ultaungu), dan 3000-10000 nm (Inframerah jauh), sementara dalam julat penglihatan iaitu 400-700 nm ia diatasi sedikit oleh perak, dan dalam julat 700-3000 (Inframerah dekat) diatasi oleh perak, emas dan tembaga. Ia merupakan logam kedua paling mudah tertempa (selepas emas) dan keenam paling mulur.

Kegunaan Aluminium

Sama ada dikira dari segi kuantiti atau nilai, penggunaan aluminium mengatasi kesemua logam kecuali besi, dan ia amatlah penting dalam hampir semua bahagian dalam ekonomi dunia.

Aluminium tulen mempunyai kekuatan tegangan yang rendah, tetapi sedia untuk membentuk aloi bersama dengan banyak unsur seperti tembaga, zink, magnesium, mangan dan silikon (contohnya, duralumin). Pada masa kini, hampir semua bahan yang dianggap aluminium adalah sebenarnya sejenis aloi aluminium. Aluminium tulen hanya ditemui apabila daya tahan kakisan adalah lebih penting daripada kekuatan atau kekerasan. Sedemikian juga, istilah "aloi" dalam penggunaan umum masa kini biasanya membawa maksud aloi aluminium.

Apabila digabung secara proses termomekanikal, aloi aluminium menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari segi sifat mekanikal. Aloi aluminium membentuk komponen penting dalam pesawat udara dan roket oleh sebab nisbah kekuatan kepada beratnya.

Apabila aluminium mengewap dalam vakum (hampagas) ia membentuk sejenis salutan yang memantul kedua-dua cahaya tampak dan inframerah. Salutan ini membentuk satu lapisan pelindung yang nipis iaitu aluminium oksida yang tidak merosot seperti apa yang terjadi pada salutan perak. Lebih terperinci, hampir semua cermin masa kini diperbuat daripada salutan pemantul nipis aluminium yang diletakkan di belakang permukaan sekeping kaca apung. Cermin teleskop juga disaluti satu lapisan nipis aluminium, tetapi disalut pada bahagian hadapan untuk mengelakkan pantulan dalaman, sungguhpun tindakan sedemikian akan menyebabkan permukaan lebih mudah terdedah kepada kerosakan.

Sebahagian daripada kegunaan-kegunaan aluminium dalam:

* Pengangkutan (kenderaan, kapal terbang, jentera, kenderaan landasan, kapal laut, dsb.)
* Pembungkusan (tin aluminum, kerajang aluminium, dsb.)
* Rawatan air
* Pembinaan (tingkap, pintu, sisian, dawai binaan, dsb.
* Barangan pengguna tahan lama (perkakas, peralatan dapur, dsb.)
* Talian penghantaran elektrik (berat pengalir aluminium adalah setengah daripada berat tembaga dengan kekonduksian yang sama dan lebih murah [1])
* Jentera
* besi waja MKM dan magnet Alnico, sungguhpun aluminium secara sendirinya adalah tidak bermagnet
* Aluminium ketulenan unggul (SPA, 99.980% to 99.999% Al), digunakan dalam elektronik dan cakera padat.
* Serbuk aluminium, agen pemperakan yang biasa digunakan dalam cat. Serpihan aluminium juga dimasukkan dalam cat alas, terutamanya kayu cat penyebu — semasa pengeringan, serpihan akan bertindan lalu membentuk lapisan kalis air.
* Aluminium beranod adalah lebih stabil kepada pengoksidaan lanjut, dan digunakan dalam pelbagai bidang pembinaan.
* Kebanyakan penenggelam haba komputer moden dalam unit pemprosesan pusat adalah diperbuat daripada aluminium kerana ia mudah diperbuat dan mempunyai kekonduksian haba yang baik. Penenggelam haba tembaga adalah lebih kecil tetapi adalah lebih mahal dan sukar untuk dikilangkan.

Aluminium oksida, alumina, dijumpai secara semulajadi dalam korundum (delima dan nilam), emeri, dan digunakan dalam pembuatan kaca. Delima dan nilam sintetik digunakan dalam laser untuk penghasilan cahaya koheren.

Aluminium teroksida dengan sangat bertenaga dan ini menyebabkannya digunakan dalam bahan api pepejal roket, termit, dan lain-lain komposisi piroteknik.

Aluminium juga adalah sejenis superkonduktor, dengan suhu genting superkonduktor 1.2 kelvin.


Isotop

Aluminium mempunyai sembilan isotop, yang mana nombor jisimnya adalah antara 23 ke 30. Hanya 27Al (isotop stabil) dan 26Al (isotop radioaktif, t1/2 = 7.2 × 105thn) wujud secara semulajadi, walau bagaimanapun 27Al mempnyai kelimpahan semulajadi 100%. 26Al dihasilkan daripada argon dalam atmosfera melalui perkecaian yang disebabkan oleh proton sinar kosmik. Isotop aluminium mempunyai penggunaan amali dalam pentarikhan endapan laut, nodul mangan, ais glasier, kuartza dalam pendedahan batuan, dan meteorit. Nisbah 26Al kepada 10Be telah digunakan dalam kajian peranan pengangkutan, pemendapan, simpanan endapan, tempoh timbusan, dan hakisan pada skala masa 105 hingga 106 tahun.

Penggunaan amali 26Al kosmogenik pertama adalah dalam kajian Bulan dan meteorit. Cebisan meteorit, selepas pelepasan daripada jasad induk, adalah didedahkan kepada pembedilan sinar kosmik beramatan semasa perjalanannya merentasi ruang angkasa, menyebabkan penghasilan 26Al yang banyak. Setelah jatuh ke Bumi, pemerisaian atmosfera melindung cebisan meteorit daripada penghasilan lanjut 26Al, dan reputannya boleh digunakan untuk menentukan usia daratan meteorit. Kajian meteorit juga telah menunjukkan bahawa 26Al adalah secara relatifnya agak berlimpah ketika pembentukan sistem planet kita. Kemungkinan juga, tenaga yang dibebaskan oleh reputan 26Al adalah berperanan dalam peleburan semula dan pembezaan sesetengah asteroid selepas pembentukannya 4.6 bilion tahun yang lalu.

1 komentar:

  1. Artikelnya mengenai Aluminium bagus.
    Bisa menambah wawasan dunia perALUMINIUMan
    TEAM WORK TN ALUMINIUM
    RISET & TEKNOLOGI ALUMINIUM

    BalasHapus